PILIHLAH PRODUK KAMI

PILIHLAH PRODUK KAMI

Jumaat, 22 Julai 2011

KEBAIKAN MINUM KOPI

Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.
Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhammad selain susu dan madu.

-Kalau anda suka kopi, anda tidak sendirian. Lebih dari 400 milliar cangkir kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling populer di dunia. Di Amerika saja, 107 juta orang (52% dari jumlah populasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang lainnya meminum kopi beberapa kali seminggu. Dan kalau dulu kopi rata-rata digemari orang tua, kini peminum kopi terbanyak ialah orang berusia 18-39 tahun.

1-Mari kita lihat fungsi yang baik dari kopi
Kopi selama ini didengungkan sebagai minuman yang berguna untuk menambah energi dan membuat orang terjaga dari kantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernapasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak heran setiap minum kopi dalam jumlah wajar (1 – 3 cangkir), tubuh kita terasa segar, bergairah, daya pikir lebih cepat, tidak mudah lelah atau pun mengantuk.
Kafein acap kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada obat sakit kepala. Pasalnya, kafein memiliki kemampuan mempersempit pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala bisa ditanggulangi.
Lebih jauh, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara fisiologis, tubuh orang kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika berolahraga dibanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber energi, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Ini sebabnya orang gemuk merasa lapar berlebihan setelah berolahraga dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum 3 cangkir kopi perhari, tubuh orang gemuk termobilisasi untuk membakar lebih banyak timbunan lemak selama berolahraga. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber energi siap pakai berupa asam lemak. Hal ini mendorong tubuh lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan hanya pasokan gula yang ikut masuk bersama kopi.

2-Kopi bergula tingkatkan prestasi otak


GAMBAR menunjukkan beberapa orang minum kopi di Cafe de Flore, Saint-Germain-des-Pres pada 16 November lalu di Paris, Perancis.


BARCELONA, Sepanyol - Satu kajian terbaru menunjukkan minum secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan kemampuan otak, lapor sebuah akhbar semalam.
Saintis-saintis di Universiti Barcelona di sini mendapati pengambilan kafeina dan gula pada masa yang sama meningkatkan prestasi otak.
Para penyelidik kini percaya kafeina dan gula itu meningkatkan fungsi otak seperti daya ingatan.Hasil kajian itu diperoleh selepas 40 sukarelawan diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.Jurnal Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menyiarkan hasil kajian saintis tersebut.Menurut kajian itu, kopi manis merupakan cara terbaik untuk menyediakan otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan

3-Khasiat sebaik aroma

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

KANDUNGAN kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.


JIKA orang Jepun menikmati kebaikan teh, orang Perancis mendapat khasiat daripada wain merah, orang Amerika Syarikat pula (AS) boleh berasa segar dan sihat dengan kopi.
Walaupun kopi bukanlah berasal dari negara itu, tetapi populariti minuman tersebut di AS semakin besar sehinggakan secara purata, seorang rakyatnya dikatakan mengambil lebih 200 gram kopi sehari.
Namun hakikatnya, sebelum menempa populariti di AS, kopi sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia. 
Hari ini, populariti kopi di AS menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak.
Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.
Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.



Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.
Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari. 
“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.
Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.
“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.
“Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.

Tiada ulasan:

MASALAH ANDA BOLEH DIATASI

MASALAH ANDA BOLEH DIATASI

AYUH, BERSAMA KAMI UNTUK MENJANA KEKAYAAN

AYUH, BERSAMA KAMI UNTUK MENJANA KEKAYAAN

KAMI MEMBANTU ANDA. ASALKAN ANDA BERUSAHA

KAMI MEMBANTU ANDA. ASALKAN ANDA BERUSAHA