KASYAF FORMULA

KASYAF FORMULA

kasyaf

kasyaf

Selasa, 29 Mac 2011

Mengenai Madu

Madu

Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga (kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah dan lalat) untuk melakukan pendebungaan.

Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan dan hitam.
Madu banyak dihasilkan semula oleh dalam pelbagai warna, rasa dan bau oleh Lebah madu dari genus Apis) dimana merupakan pengeluaran madu dari jenis tersebut yang banyak digunakan manusia. Madu yang dihasilkan semula oleh lebah yang lain atau juga serangga yang lain mempunyai nilai kegunaan yang berlainan.
Lebah madu menghasilkan madu dari nektar yang dimakannya kemudian nektar tersebut dicerna dalam sistem pencernaan mereka. Madu yang terhasil merupakan cecair salivari atau air liur mereka yang kemudiannya disimpan sebagai sumber makanan utama bagi mereka dalam bentuk jeli atau wax yang disimpan dalam sarang heksagon mereka. Pemungut madu akan biasanya menjalankan aktiviti penggalakan penghasilan madu yang lebih oleh lebah yang terdapat di ladang ternakan lebah mereka, serta setiap kali mereka ingin memungut madu untuk dijual atau dimakan, pemungut madu akan memastikan sedikit blok madu ditinggalkan dalam setiap sarang ternakan bagi membolehkan lebah memakan madu tersebut dan mengekalkan koloni lebah tanpa menyebabkan ancaman kepupusan.
Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa dan rasa manisnya hampir sama dengan rasa manis dari sumber pemanis gula granul.[1][2] Ia mempunyai sifat kimia yang atraktif untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang cemerlang dan menarik sehinggakan ramai pengguna madu mengatakan madu lebih manis dari larutan gula pekat dan lain-lain bahan pemanis.[1] Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6.[3] Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi endospora bakteria dari spesies Clostridium botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya kematian[4] (lihat Health hazards dibawah).
Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan simbol yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu.[5] Ini kerana lebah mampu membawa cas elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.[6][7]

 

Tiada ulasan:

MASALAH ANDA BOLEH DIATASI

MASALAH ANDA BOLEH DIATASI

AYUH, BERSAMA KAMI UNTUK MENJANA KEKAYAAN

AYUH, BERSAMA KAMI UNTUK MENJANA KEKAYAAN

KAMI MEMBANTU ANDA. ASALKAN ANDA BERUSAHA

KAMI MEMBANTU ANDA. ASALKAN ANDA BERUSAHA